Wednesday, April 22, 2020

Buying Toys From Shopee During MCO

Salam & Hi,

Today I nak share toys I bought for my daughter, Adel during MCO. All the toys I bought from Shopee. As we know Shopee is the best platform to get the cheaper and reasonable price compared to we walk in to shop to buy any things or our necessities. So, back to our story about the toys, I akan bagi tips how to buy from shopee and ensure your item akan dapat. 

Ok lets see apa point penting yang you all mesti ambil tahu:-

1) Taip and search toys/things apa yang nak dibeli. Contoh you want kitchen toys.
2) All listings appear toys you cari. Then, you survey all the items. You akan nampak seller mostly 
    the sell the same items but berbeza harga. 
3) Part survey you must tengok harga, sold item from the seller (ada yang harga murah tapi still zero 
    sold items or kurang buyer, cost of delivery, review from other buyers (ada yang just put  
    komen, ada yang letak picture, and ada yang letak both komen and picture). tengok the column 
    section detail item (if seller put warranty, material, t&c and etc). sometimes for kids toy ada yang 
    need battery or electric. thats why you kena ambil tahu the detail.
4) Usually bila I beli barang during MCO I paling teliti for the delivery items. During MCO I akan
     pilih delivery from J&T express je. Sebab lebih cepat dari Post Laju. Itu point penting bagi I la
     sebab J&T selalu akan sampai dalam masa 1 or 2 hari di kawasan rumah I. So, my daughter pon
     akan dapat toys dia cepat. Tapi if bukan MCO, I akan tengok the cheaper. Selalunya if cheaper,
     barang is from overseas (China).
5)  After you dah decide nak beli toys from that seller, you just proceed with the payment etc. Then, 
     you akan dapat notification payment done and waiting for the notification from seller to post the 
     items. All that Shopee akan let you know. Kecuali if you nak cepat, after you dah buat payment 
     boleh terus chat with seller tanya when your item will be post out. Itu penting sebab kadang-
     kadang seller akan post out after 2 days. Just in case you all nak barang sampai cepat lah kan.

Ok sekian tips penting untuk membeli dari Shopee. hehehe. Senang and easy je kan. Jom tengok toys yang I beli for my daughter during MCO.

Kids Building Blocks Table

 

 

Kitchen Toy Playset


Hamburger Suitcase Pretend Play

Portable Folding Kid Play Tent

 

 Cash Register Cashier Kids Shopping Cart



Complete. Thats all I bought for Adel. Adel played with happy.





 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

Tuesday, April 21, 2020

Movement Control Order Day

Salam,,,

Setelah lama tak update blog since 2017 tak silap, so buat tahun 2020 kali ni saya cuba update. Alhamdulillah masih sihat dan masih bekerja dan mempunyai anak seorang buat peneman hati mama. Perancangan nak hantar Adelia ke Tadika Pasti untuk kemasukan 4 tahun pada April 2020 tetapi apakan daya perancangan Allah tu lebih besar. Dengan MCO starting 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020. Diharap wabak ini menunjukkan penurunan di Malaysia supaya kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa semuanya. Dengan Ramadhan bakal tiba diharapkan segala ibadah kite diterima Allah. 

Aktiviti setiap hari hanyalah memasak dan menguruskan anak sambil work from home (WFH). Masih cuba untuk menyelesaikan kerja-kerja office yang tergendala. Kadang kala masih perlu ke office untuk urusan intranet office dan photocopy/scan document untuk menyambung kerja di rumah. Semuanya memerlukan kesabaran tetapi masih ada hikmahnya dapat meluangkan lebih masa bersama anak dan suami. Even kadang kekeringan idea untuk memasak dan bosan makan masakan sendiri. hehehe. Rata-rata bila melihat instagram dan facebook ramai yang meluahkan perasaan bosan apabila MCO di'extendkan lebih lama di kala kes kluster bertambah. Maka bertabahlah hati kita semua terima dengan redha ye tak. 

Selain dari itu, saya juga membeli barang di shopee, melihat ig dan facebook  untuk mengisi masa terluang, menonton korean drama hobby terbaik saya bukan sahaja di kala MCO ni, melayan anak bermain, Akan datang saya akan review best korean drama yang saya tonton untuk content blog saya. Saya juga banyak membeli toys Adelia di shopee time MCO ni. Yela anak pun seringkali bertanya  Mama jom pergi jalan. Terpaksa memberitahu Adel tak boleh keluar sekarang banyak virus. Nanti Adel tak sihat. Mungkin anak pon dah bosan duduk di rumah dengan repeated activity. So why not saya tambah toys nye supaya gembirakan hati dia. 

Sebenarnya banyak lagi mahu dikisahkan, nanti saya akan sambung yer. 

Nah, dengar lagu favourite saya dari drama Itaewon Class - Start (Gaho). Saya suke lagu ni sebab ia memberi motivasi pada diri untuk kehidupan.





 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

Monday, April 20, 2020

Let's Find The Panda

Salam & Hi Everyone!

Bile bosan duduk rumah time MCO ni jom kita main game hidden panda. Mana tau dapat hilangkan stress korang kat rumah tu. Game ni jugak dapat stimulate brain korang bile duduk rumah lama sangat. So in prakticalnye game ni bagus juga bile korang time bosan-bosan ni. Untuk korang yang ade group whatsapp or telegram pon best bile main dengan kawan-kawan. Kite tengok siapa kawan-kawan kita ni yang cekap mencari dan smart orang kate. Bukan selalu dapat tengok keletah dorang kan. So, lets start and make fun with this game.


             

               


          

  

 
   

   
 


                                                         Good Luck & Enjoy the game!

 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

Thursday, November 9, 2017

Apa itu RFID Tag?

Salam semua,

Arini Nadia nak citer pasal RFID Tag ni. Kalo kite perasan dekat tol-tol sekarang dah ade sign untuk RFID ni kan. Time memula tu pon Nadia pelik jugak, ape ni...pastu baru lah tau ape mende tu. Korang pon mesti nak tau kan. Jom bace ape nadia explain.


Bermula Januari 2018, tol di Malaysia akan mula menggunakan RFID.


Apa itu RFID ni ?

RFID adalah Radio Frequency Identification yang menggunakan komunikasi via gelombang elektromagnetik. Jadi di Malaysia, cara bayar tol akan bertambah satu lagi selain Touch n Go dan SmartTag iaitu dengan menggunakan pelekat RFID ni. Cara ini akan menjadikan sistem pembayaran tol lebih pantas dan efisyen terutama waktu kemuncak seperti perayaan dan sebagainya. Kat pelekat RFID ni ada barcode. Jadi jangan risau macam nak tambah nilai dan bagaimana ia berfungsi.

Jika Touch n Go perlukan 6 saat, dan Smart Tag pula 3 saat untuk melengkapkan pembayaran di plaza tol, teknologi Pengenalan Frekuensi Radio atau RFID pula boleh dikatakan menggunakan kurang dari 1 saat. Ini kerana pemandu tidak perlu berhenti langsung di plaza tol untuk membuat bayaran. Sistem RFID di plaza tol kini sedang diuji di beberapa buah plaza tol, dan dijangka boleh mula digunakan orang ramai bermula Januari 2018.

Penggunaan sistem RFID amat mudah. Ia berfungsi seperti sistem ERP di Singapura. Pengguna hanya perlu mendapatkan pelekat tag RFID, dan pengimbas di plaza tol akan membuat imbasan seperti pengimbas barkod kepada tag RFID tersebut.

Tag ini akan diimbas menggunakan gelombang elektromagnetik dalam frekuensi antara 850MHz ke 950MHz. Imbasan pula boleh dibuat dari sejauh 27 meter dengan masa respon hanya 10 milisaat.
Buat masa ini, ujian RFID ini diberikan kepada kenderaan yang digunakan oleh polis, bomba dan ambulan. Manakala lorong RFID pula akan dikongsi bersama laluan SmartTag, terdapat di 8 plaza tol di Lembah Klang. Teknologi RFID di plaza tol ini bakal menggantikan penggunaan Touch n Go dan SmartTag, tetapi ia akan mengambil sedikit masa. Ia dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020, bersama Aliran Bebas Berbilang Laluan (MLFF) memastikan trafik lebih lancar di plaza tol.

[SUMBER: TheStar, PaulTan

Orite, itu aje Nadia nak share arini...hehehe



 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

Tuesday, November 7, 2017

Thor Ragnarok

Salam Friends,

Kisah Jumaat yang lepas…hehehe…Almaklumlah bile dah ade anak ni susah nak tengok wayang dating same-same laki bini ni. Jadinya piilihan yang ade bile nak tengok wayang ni kenelah amik cuti. Ye dak? Tambah-tambah lagi kalo ade cite yang hit and best-best ni…kekeke. So mak bapak nye pon apply la cuti untuk nengok bersama. Movie pilihan mestilah Thor Ragnarok…hehehe…I kan Thor fans…Kengkorang tu dah nengok keee. Best ke tak citernye?  Nadia just bagi 3/5 bintang je. Mybe not up to my expectation. Lagi sebab Thor dah bertukar berambut pendek. I prefer Thor brambut panjang lagi…hehe. Tapi husben kite kate best jee. Pasni nak tunggu Justice League pulak. Tambah lagi cuti….hahaha. 


Sinopsis Thor Ragnarok ni mengisahkan tentang Thor berusaha menyelamatkan tempat pemerintahannya Asgard dari kuasa jahat iaitu kakak nya HELA. Hela ialah anak sulung Odin dan mempunyai kuasa yang luar biasa sehingga kapak Thor pon boley berderai pecah...hehehe. Kesian Thor. Cerita ni pon banyak adegan kelakar sebab ade HULK or Mr.Banner and Dr.Strange...hehehe.
Kali ni Thor berganding bahu dengan Loki untuk menentang kuasa jahat kakak dorang. Seperti kita tahu Loki ni kan tak boley percaya sangat. So, kalo korang nak tau ending dia macam mana boley la pergi tengok.
 
Lepas je tengok wayang, semestinya perut pon lapar...then husben pon ajak la pergi makan SPEED Char Kuey Teow Kambing di Taman Dato Harun. Tapi sebab kitalapar sesangat, nadia nak makan nasi kambing pekene dengan teh o ais. Tapi bukan nak cakap tipu, memang terbaik lah makanan die memang sedap kambing die. Harga pon berpatutan untuk char kuey teow kambing RM9 dan Nasi Kambing RM10. Portion kambing pon banyak. Korang memang patut pergi try bg peminat kambing...hehehe

nasi kambing. sorry pic char kuey teow lupa nak amik...hehe

Selepas tu, mak pak Adel pon balik la selepas mengambil Adel di rumah babysitter...hehehe...Sekian



 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...