Click! Click! Click

Saturday, June 21, 2014

Collection Raya 2014

Selamat Tengahari, korang dah lunch ke? Mesti hepy kan arini boley relax-relax. hehehe. Puase pon da nak dekat ni. Korang da prepare beli baju raye ke? ke baru nak survey-survey? Macam aku dah tempah baju raye dengan tailor. Aku nye baju just simple-simple je. Tapi aku suke cuci-cuci mate tengok collection design raye taun ni dekat facebook or instagram. Kalo tanye aku, banyak sangat yang berkenan di hati. Sampai rambang matelah katekan. Mujur ditahannye nafsu, kalo tak sume nak beli...hehehe. Korang lak camne? Jom tengok design mane yang korang berkenan. 

First, aku suke tengok baju-baju dekat Poplook. Mane tau korang nak cari dress yang look simple untuk pergi rumah terbuka, korang boley la tengok kat sane. Yang penting harge baju dekat Poplook is reasonable. They all pon ade collection for raye. 


Credit picture: POPLOOK

Second, aku suke follow intagram BellaAmmara. Dorang ade collection untuk raye 2014. Yang penting baju-baju they all breasfeed friendly, wudhu' friendly and very muslimah. Suke tengok jubah dress dorang. Nampak very comfy sangat bile pakai. Yang penting look very classy and elegant. Korang boley la follow instagram they all for more update.




Credit picture : Instagram BellaAmmara

Third, aku baru tengok Radiusite punye raye collection 2014 sempena 5tahunRadiusite. So, dorang pon baru launch collection dorang kat butik. For online boley start beli 23 June 2014 (tomoro). Sape yang berminat nak beli, kene prepare cepat-cepat la. Sebab collection dorang capat habis stock. Aku tengok design dorang sangat cantik. Macam ala-ala design Jovian. So, korang boley la follow instagram dorang for more updates. 


Credit picture: Instagram Dreemika by Radiusite

So, apelagi korang boley follow dorang cepat-cepat...Setakat ni, ni jela yang aku survey. Kalo ade new collection yang best-best, aku akan blog about it. 

Tq pada yang membaca.



Photobucket

Wednesday, June 18, 2014

Congo Bars Done


Semalam, time kat office tetibe ade sorang akak ofis ni die bagi aku rase biskut chips die buat. Lepas tu tetibe lak otak ni ligat nak buat biskut famos amos. Pastu pikir punye pikir macam malas la plak nak buat sebab banayak modal plak nak gune. Last-last terpikir nak buat congo bars. 

So, ape lagi time lunch je terus pegi kedai kek dekat ngan ofis aku ni 'Bakemate' pegi cari bahan nak buat congo bar ni. Aku pon beli la chocolate chips, almond, brown sugar and baking powder. Barang-barang bahan buat kek kedai tu agak murah and dah ade paket kecik-kecik if kite nak beli dalam kuantiti yang sikit macam kacang, tepung and coklat. So, kire berbaloi la. Then, aku suruh mak aku belikan tepung, butter and telur. Sebab dekat pasaraya lagi murah yang ni. hehehe. So, total cost ade la around rm20 untuk buat congo bar ni.
Congo Bar ni separuh biskut and separuh kek. Ala-ala brownies la kite panggil. Bagi korang yang suke kan brownies boley la try buat. Rase die manis and lemak-lemak gittuu. Resepi untuk congo bar ni aku just google je. Sekarang ni nak pape just google je...hehehe

Resepi Congo Bars:

315gm tepung gandum
21/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
150gm mentega
300gm gula perang
3 biji telur A
 1 sudu teh esen vanilla
300gm chocolate chip
100gm hirisan badam.

Loyang 10" x 10" dialas dan digris

Cara:
1. Ayak tepung, baking dan garam. Gaulkan bersama chocolate chip dan hirisan badam. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan gula perang, gaul guna spatula hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang. Taburkan hirisan badam.
6. Bakar suhu 170C , masa 30 - 35 minit.




Cara nak buat memang senang je. Bagi korang yang malas buat kek, kek ni paling senang nak buat  just masukkan bahan, kacau-kacau then bakar je. Tak pening pale takut tak jadi. Memang kompem jadinye kalau ikut bahan di atas yer. Aku dah mencuba, now turn korang lak tuk buat....



Selamat Mencuba.




Photobucket




Saturday, June 14, 2014

Chef of the day

Salam, takde ape sangat nak share. Harini korang buat ape je cuti ni? Aku takde pegi mane-mane pon, just stay rumah and menjadi babysitter pade adik-adikku 2 orang kat rumah ni...hahaha babysit la sangat kann...Takdelah just menjadi tukang masak @ chef for they all for this week. Almaklumlah my parent pergi Aloq Setaq this week sebab ade family issues, so kakak ni la kene turun dapoq. Kakak nye pon terpaksela merajinkan diri. Bab nak memasak ni memang lah pening sebabnye tak tahu nak masak ape. Takkan asik-asik sardin and telo je. So, arini plan nak la masak nasi lemak la kononnye. hehehehe. Apelagi nak masak kene la google dulu first. hebat kau nadia...So aku pon start la meng'google'kan diri. Banyak juge blog reference aku. Yela nak sambal sedap kan. Kang tak kene lak ngan taste aku. hehehe


First, aku jumpe yang ni sambal yang simple nak wat:

http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2013/07/resepi-sambal-nasi-lemak-sedap.html

Second, yang ni die bagi resipi sambal juge:

http://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2013/06/resepi-sambal-nasi-lemak-yang-sedap.html

Third, yang ni sambal sekali dengan nasi resipi:

http://hairul.com/blog/resepi-nasi-lemak-paling-sedap/

Yang third ni aku tiru bulat-bulat care masak nasi. Hasilnye memang sedap...hehehe. Part sambal pulak aku tiru yang second. Sedap juge tapi cili kering yang aku beli sangat pedas.Hasil nye pon memang sangat pedas. Tapi yang penting nasi lemak aku memang sedap and menjadi kali ni. hahaha. Adik aku makan bertambah-tambah.Ni second time aku buat nasi lemak. Akhirnye menjadik jugak. Bagi korang yang tak reti buat lagi, ley la korang try google and mencube. Tak rugi pon try. hehehe


my nasi lemak looks
 



Photobucket

Friday, June 13, 2014

Jika Tiada Rezeki...



Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. 
Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil



Photobucket

Hanya Allah Yang Tahu

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.




Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt



Photobucket

Jom Tengok The Vampire Diaries

Hye... Rase macam lame da tak update blog. Walaupun tak ramai pon yang follow blog ni, tapi tetap nak share and tulis, tulis and tulis. hehehehe. Sebenarnye ni tengah update blog time kat office ni. Sambil-sambil lunch sambil kite bercerite. Ye tak? OK la arini just nak cite kat korang kat mane korang ley tengok english drama TV series yang best-best. Kalo bagi aku, aku suke tengok cite The Vampire Diaries, The Originals, Merlin and macam-macam la yang best. So korang boley download citer-citer ni kat sini. Tapi korang mesti ade software untuk download la. Macam aku ade Internet Download Manager (IDM). So, boley la korang buat collection season sume cite. hehehe
Korang google COUCHTUNER or klik link bawah ni:
Then, bile korang dah donlod, korang mesti nak cari subtitles English kan. So, korang boley donlod subtitle kat sini:
Memang confirm puas hati korang dapat tengok citer free and cepat. hehehe.
Macam aku sekarang tengah tengok Vampire Diaries Season 5. Terkedek-kedek lagi aku nak abiskan citer ni. Sebab asik follow citer korea je kan, Tu yang lambat sikit tu.
 


Photobucket

Sunday, June 1, 2014

Dating with Maleficent & Love

Hari sebelumnye encik boyfren ajak keluar ahad ni. So, aku pun suggest la nak tengok wayang cite Maleficent ni. So, sampai ECM terus pegi beli tiket wayang dulu pukul 1.55pm.Then, kitorang pegi jalan-jalan dulu and die ajak pegi makan. So, kitorang just pegi Chicken Rice Shop and makan cecepat sebab nanti lambat masuk wayang.



Yeay akhirnye dapat jugak tengok Maleficent...hehehe. Disebabkan takde geng nak ajak tengok cite ni, terpaksa la ajak encik boyfren untuk temankan kite. Die pon terpakse la melayan kan je kerenah si gefren ni kan..hahaha...Suke sangat kan tengok citer princess-princess ni...Sabar jela ea awaknye...Jom kite layan review citer Maleficent yer.



Sinopsis cerite ni lebih kurang Sleeping Beauty, tapi more fokus pada Maleficent (Angelina Jolie) not the Princess Aurora. Maleficent merupakan seorang pari-pari cantik dan baik hati yang membesar dan tinggal di sebuah hutan yang aman damai. Sehinggalah suatu hari, datang tentera yang diketuai oleh King Henry (Kenneth Cranham) mengancam keharmonian hutan tersebut. Maleficent, merupakan pari-pari yang paling kuat dalam hutan cuba menghalang King Henry dan tenteranya untuk memusnahkan kawasan tersebut. Sayangnya, Maleficent dikhianati oleh Stefan (Sharlto Copley) yang merubah Maleficent menjadi seorang yang berhati batu. Demi dendamnya terhadap King Stefan, Maleficent menghadiahkan Puteri Aurora (Elle Fanning) satu sumpahan yang tiada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh merungkainya. Sebelum matahari terbenam pada hari lahirnya yang ke 16, puteri itu akan tidur selama-lamanya. 



Cerite ni semua berkisar pasal Maleficent dari awal sampai akhir.  Bagaimana dia dikhianati oleh seseorang yang telah mencuri hatinya dan bagaimana dia cuba untuk melindungi Enchanted Forest daripada dicerobohi manusia. Part ending sumpahan itu korang wajib tengok sendiri tau. Sebab surprise tau. 



Best ke citer ni? Kalau tanye aku, citer so so jela. Sebab takdela aksi sangat citer ni and still below my expectation. Mybe sebab ni citer Disney kan. Kalo nak sangat aksi, tengok la X-Men, memang superb. Yang best cite ni Angelina Jolie je berlakon best. Dari segi mekap, costume and lakonan, memang thorbaikk la. Then watak princess memang sangat cute dari kecik and cantik bile dah besar. 



Background cite ni pon memang sangat sangat cantik. Macam citer-citer fairytale la dekat dalam hutan and ade cottage. Classic and vintage gitu. So, korang kene la pergi tengok cite ni tau. Aku bagi 3/5 bintang untuk citer ni. Memang best citer ni bagi korang yang suke cite ala-ala princess and witch-witch ni tau. Sape suke cite-cite camni, gimme high five okey. Kite serupa...huhuhuhu




Okey sekian entry kali ni. Bye


Photobucket

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...