Click! Click! Click

Wednesday, June 18, 2014

Congo Bars Done


Semalam, time kat office tetibe ade sorang akak ofis ni die bagi aku rase biskut chips die buat. Lepas tu tetibe lak otak ni ligat nak buat biskut famos amos. Pastu pikir punye pikir macam malas la plak nak buat sebab banayak modal plak nak gune. Last-last terpikir nak buat congo bars. 

So, ape lagi time lunch je terus pegi kedai kek dekat ngan ofis aku ni 'Bakemate' pegi cari bahan nak buat congo bar ni. Aku pon beli la chocolate chips, almond, brown sugar and baking powder. Barang-barang bahan buat kek kedai tu agak murah and dah ade paket kecik-kecik if kite nak beli dalam kuantiti yang sikit macam kacang, tepung and coklat. So, kire berbaloi la. Then, aku suruh mak aku belikan tepung, butter and telur. Sebab dekat pasaraya lagi murah yang ni. hehehe. So, total cost ade la around rm20 untuk buat congo bar ni.
Congo Bar ni separuh biskut and separuh kek. Ala-ala brownies la kite panggil. Bagi korang yang suke kan brownies boley la try buat. Rase die manis and lemak-lemak gittuu. Resepi untuk congo bar ni aku just google je. Sekarang ni nak pape just google je...hehehe

Resepi Congo Bars:

315gm tepung gandum
21/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
150gm mentega
300gm gula perang
3 biji telur A
 1 sudu teh esen vanilla
300gm chocolate chip
100gm hirisan badam.

Loyang 10" x 10" dialas dan digris

Cara:
1. Ayak tepung, baking dan garam. Gaulkan bersama chocolate chip dan hirisan badam. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan gula perang, gaul guna spatula hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang. Taburkan hirisan badam.
6. Bakar suhu 170C , masa 30 - 35 minit.




Cara nak buat memang senang je. Bagi korang yang malas buat kek, kek ni paling senang nak buat  just masukkan bahan, kacau-kacau then bakar je. Tak pening pale takut tak jadi. Memang kompem jadinye kalau ikut bahan di atas yer. Aku dah mencuba, now turn korang lak tuk buat....



Selamat Mencuba.




Photobucket




1 comment:

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...