Click! Click! Click

Sunday, June 1, 2014

Dating with Maleficent & Love

Hari sebelumnye encik boyfren ajak keluar ahad ni. So, aku pun suggest la nak tengok wayang cite Maleficent ni. So, sampai ECM terus pegi beli tiket wayang dulu pukul 1.55pm.Then, kitorang pegi jalan-jalan dulu and die ajak pegi makan. So, kitorang just pegi Chicken Rice Shop and makan cecepat sebab nanti lambat masuk wayang.



Yeay akhirnye dapat jugak tengok Maleficent...hehehe. Disebabkan takde geng nak ajak tengok cite ni, terpaksa la ajak encik boyfren untuk temankan kite. Die pon terpakse la melayan kan je kerenah si gefren ni kan..hahaha...Suke sangat kan tengok citer princess-princess ni...Sabar jela ea awaknye...Jom kite layan review citer Maleficent yer.



Sinopsis cerite ni lebih kurang Sleeping Beauty, tapi more fokus pada Maleficent (Angelina Jolie) not the Princess Aurora. Maleficent merupakan seorang pari-pari cantik dan baik hati yang membesar dan tinggal di sebuah hutan yang aman damai. Sehinggalah suatu hari, datang tentera yang diketuai oleh King Henry (Kenneth Cranham) mengancam keharmonian hutan tersebut. Maleficent, merupakan pari-pari yang paling kuat dalam hutan cuba menghalang King Henry dan tenteranya untuk memusnahkan kawasan tersebut. Sayangnya, Maleficent dikhianati oleh Stefan (Sharlto Copley) yang merubah Maleficent menjadi seorang yang berhati batu. Demi dendamnya terhadap King Stefan, Maleficent menghadiahkan Puteri Aurora (Elle Fanning) satu sumpahan yang tiada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh merungkainya. Sebelum matahari terbenam pada hari lahirnya yang ke 16, puteri itu akan tidur selama-lamanya. 



Cerite ni semua berkisar pasal Maleficent dari awal sampai akhir.  Bagaimana dia dikhianati oleh seseorang yang telah mencuri hatinya dan bagaimana dia cuba untuk melindungi Enchanted Forest daripada dicerobohi manusia. Part ending sumpahan itu korang wajib tengok sendiri tau. Sebab surprise tau. 



Best ke citer ni? Kalau tanye aku, citer so so jela. Sebab takdela aksi sangat citer ni and still below my expectation. Mybe sebab ni citer Disney kan. Kalo nak sangat aksi, tengok la X-Men, memang superb. Yang best cite ni Angelina Jolie je berlakon best. Dari segi mekap, costume and lakonan, memang thorbaikk la. Then watak princess memang sangat cute dari kecik and cantik bile dah besar. 



Background cite ni pon memang sangat sangat cantik. Macam citer-citer fairytale la dekat dalam hutan and ade cottage. Classic and vintage gitu. So, korang kene la pergi tengok cite ni tau. Aku bagi 3/5 bintang untuk citer ni. Memang best citer ni bagi korang yang suke cite ala-ala princess and witch-witch ni tau. Sape suke cite-cite camni, gimme high five okey. Kite serupa...huhuhuhu




Okey sekian entry kali ni. Bye


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...