Click! Click! Click

Tuesday, September 30, 2014

Giveaway Floral Skirt


http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/09/giveaway-floral-skirt.html
 
Hye korang, jom kite follow Giveaway Floral Skirt by kasutkaca15 ni. Mudah je nak join giveaway ni. Korang klik banner atas ni, then follow step dorang okey.
 

'Senyumlah, hidup ini indah'
 
Senyumlah korang walaupun pahit okey. Tapi kalo dapat skirt floral ni kompem kene senyum lebar-lebar tau....hehehe


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Poplook Cyber Sale


http://poplook.com/en/95-mycybersale

 
Salam, ha korang excited tak tengok Poplook ade wat sale. Mesti excited kan. Sale up to 60% okey. So apelagi korang. Cepat-cepat la pergi tengok. Harini last day untuk korang grab items yang korang nak. Klik je banner atas ni okey. Selamat bershopping.
 
 

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang

Salam korang, 

Harini nadia baru dapat ilmu baru macam mane korang nak buat income melalui blog. Tapi yang penting korang nye blog kene la aktif dan ade ramai pengunjung. Nampak tak kat situ tak mudah jugak. Tapi segalanye boley bile internet di hujung jari...hehehe...Okey lets nadia share dengan korang.



Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang. Boleh dikatakan ramai antara kita yang letak iklan Nuffnang dalam blog. Ada juga yang tak letak dan letak iklan lain. Tak kisah ikut mana yang lebih kita suka untuk letak iklan dalam blog masing-masing. Bagi yang letak iklan Nuffnang, CPUV Earning ataupun Buffered Earning (BE) yang paling ditunggu-tunggukan. Memang seronok bila dapat hasil dari duit yang kita hanya menulis dalam blog. Kata orang buat duit dengan menulis.

Ada sesetengah kita yang earning CPUV lebih tinggi dari earning CPC. Mesti ada yang keliru antara CPUV dan CPC ni. CPUV earning dikira berdasarkan unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita. Manakala, CPC earning pula akan dikira berdasarkan per klik iklan di blog kita. Blogger yang berstatus gliteratti akan menerima 25 sen setiap kali iklannya diklik, manakala blogger berstatus ordinary akan menerima 15 sen per klik untuk iklannya.


I Love Nuffnang, Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang,
I Love Nuffnang
Cerita nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang macam mana pula? Saya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu cara-cara untuk mencerahkan peluang naik dapat CPUV Earning Nuffnang.

Setiap kerja yang kita buat memerlukan usaha. Tanpa usaha dan ianya akan jadi angan-angan sahaja. Jadi nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang juga memerlukan usaha yang berterusan.

Cara Pertamacuba tingkatkan trafik pada blog kita. Cara ini sebenarnya paling berkesan. Ini kerana pihak Nuffnang mahukan ramai pengunjung yang akan lihat iklan mereka. Jika blog kita kurang trafik maka iklan mereka sukar untuk dilihat pengunjung.

Cara kedua, rajinkan diri untuk blogwalking ke blog lain. Jika kita blogwalking ke blog orang lain. 80-90% mereka akan balas balik berkunjung ke blog kita. Jika ada bloglist lagi senang nak blogwarking. Jika ada dalam senarai bloglist kita yang update entry baru, kita berkunjung dan tinggalkan komen pada blog tersebut. Dengan meninggalkan komen pada blog lain. Mereka akan tahu kita telah datang membaca dan berkunjung ke blog mereka, Insyallah mereka akan buat kunjung balas.

Cara ketiga, sertai segmen/GA/contest. Jika  kita rajin kita sendiri yang buat semua ini, jadi penaja/sponsor untuk contest pun boleh juga. Dengan menyertai segmen mahupun menjadi penganjur kepada sesebuah contest akan meningkatkan jumlah pengunjung masuk ke blog kita. Ini kerana bagi mendapatkan CPUV Earning Nuffnang memerlukan blog kita mendapat unique visitor yang tinggi. Jadi kena maintainkan jumlah trafik yang datang ke blog kita. Blog yang maintain trafiknya lebih disukai pihak advertiser bagi meletakkan iklan mereka dalam blog kita.

Cara keempat, adalah dengan buat ping entry blog kita. Banyak tempat-tempat yang percuma untuk kita ping entry blog. Boleh pilih yang mana rasa senang dan tak susahkan diri nak masukkan entry mahupun kena bayar untuk ping di tempat tersebut. Antara ping blog yang saya selalu guna adalah pingbusuk, pingates dan juga blogpingtool. Dengan buat ping blog ini juga dapat tingkatkan trafik ke blog kita.

Cara kelima, adalah cara yang paling selamat pada saya. Iaitu kita kena mahirkan diri dengan teknik SEO. Bagi blog-blog otai yang dah hebat dalam SEO mudah sahaja mereka nak dapatkan trafik yang tinggi masuk ke dalam blog mereka. Teknik ini memerlukan usaha yang berterusan dan kitakena belajar mahirkan diri kita dengan SEO. Jika kita nak maju dalam dunia blog, teknik SEO adalah langkah selamat untuk maintainkan blog kita supaya ada pengunjung. Jika kita tak pandai dengan teknik SEO ini blog kita susah untuk maju kedepan. Jadi nak tahu SEO kena belajar dan teruskan usaha mencuba. Tak ada benda yang kita nak tahu kita akan terus tahu, semuanya kena belajar dan ambil masa.Saya nasihatkan anda belajar dahulu Asas SEO. Anda boleh lihat buku Panduan Asas SEO (klik sini).

Menarikkan bile kite dah tau. Rase macam tak sabar nak tingkatkan traffic pada blog sendiri. Apelagi jom same-same kite buat. Nak jugak jadi macam blogger lain. Apepun credit to blog pokok2u sebab ade info yang bergune. Nadia tumpang share je. thank you.


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Segmen: Saya Sayang Blog Saya


Hye korang, malam ni nadia join segmen Ayu Insyirah. From this segmen boley kite blogwalking dekat blog blogger-blogger yang lain. Dapat jugak kite tambah rakan follower kite. Ye tak? Ni pendapat nadia la. So jom kite join sesame okey. Bagi korang yang nak follow boley klik banner kat atas yer.


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Saturday, September 27, 2014

Marathon My Secret Hotel

Hye korang. 


Bestnyeee kan bile weekend...rase lega sangat dapat rilek-rilek je tengok citer and buat aktiviti kite suke. So harini nadia just duduk rumah je and fikir nak update blog new entry je. Pagi tadi tengah fikir nak update ape tetibe bile godek-godek new korean drama nampak ade citer baru yang best. Ape lagi nadia pon test la episod 1 tengok dulu nak tau best ke tak. sekali amik kau sampai malam dok pulun tengok citer ni je. Ni pon dah sampai episod 8 okey...hahaha. Sebab tula malam baru sempat nak update blog. Ni pon sambil menyelit tengok...hehehe

Tapi harini nadia ade plan nak buat kek batik sebab ade adik balik umah kan. So si kakak ni pon gigih la nak buat...hehehe...jap je bertukang dengan kuali kat dapur tengahari tadi...pastu dah siap lupe nak amik pic, time nak amik malam tadi dah tinggal setengah je da...jadik la kan...yang penting kek batik nadia buat simple je. Bahan-bahan just gune milo, susu pekat, planta and biskut marie je. Mudah je kan. Lepas tu terus masuk peti lepas siap masak.

sory pic tak cantek..hehe

Okey berbalik citer My Secret Hotel, citer die agak best sebab ala-ala suspen gitu. Lelaki die pon hensem. owh memang jatuh cinte aku ngan hero die. Pasni kompem gigih aku nak cari cite pe lagi die berlakon...hahaha...Yang penting cite ni da macam ala-ala King Hotel da. Tak caye korang gi try tengok. Tapi citer ni lagi best la aku tengok.



Sinopsis
The Secret Hotel is considered the most luxurious hotel and the most sought-after wedding destination in Korea. Nam Sang Hyo (Yoo In Na) is the manager of wedding planning at the hotel and rules over her domain down to the last detail to provide her clients with the most memorable dream weddings. But her perfectionistic work environment begins to unravel when her new wedding client his Goo Hae Young (Jin Lee Han), a famous architect who also happens to be her ex-husband. Things get even more complicated when a man falls to his death during Hae Young’s wedding, causing a major problem for management director Jo Sung Gyum (Nam Goong Min) and the hotel PR manager Yeo Eun Joo (Lee Young Eun)

Okey nak sambung tengok...babai...
 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

Meet Jakarta Again! (Part 2)

Salam korang, bestnyeee bile hari weekend. Dapat bermalas-malasan atas katil sambil berblog...hehehe...ni pun baru nadia ade mase nak nak sharing-sharing. Okey jom nadia nak smbung citer pasal Jakarta trip.

Day 3

bekfas dulu pagi-pagi kat hotel

pemandangan yg cantik dr train 

Yeah we oll siap sedie nak pegi Bandung. Pergi bandung naik keretapi. Memang best naik keretapi pergi sane. Dalam keteapi siap ley order makanan mcam dlm flight. Perjalanan kitorang mengambil masa 3 jam untuk sampai and tempat duduk memang selesa sebab kitorang amik seat eksekutif. Harga tiket eksekutif 220,000 rupiah lebih kurang RM60 tambang pergi and balik. Sesampai jer kitorang dekat Bandung dalam pukul 2, terus kitorang pergi check in hotel di Harris Hotel. Hotel ni dekat dalam Festival City Link Mall. So, bestla kalo korang nak jalan or makan pon senang. After check in, kitorang lapar terus jer pergi cari makanan. Plan nak makan nasi padang sedap di Simpang Raya area Jalan Dago. Makanan die not bad. Tapi Pagi Sore lagi sedap i think la. After makan, pergi Kartika Sari untuk beli brownies and kerepek untuk family and officemate. For those yang masih tak tahu, Kartika Sari is the famous place untuk borong segala macam brownies, kek lapis, kerepek and etc. So korang boley pergi if pergi Bandung. Kartika Sari terletak dekat Jalan Dago. After sudah makan and borong makanan, now we nak borong baju pulak at Heritage and Cascade at Jalan Riau. Dekat sini ade banyak factory outlet. Korang boley pergi nanti okey. Tapi rugi tak beli kasut dekat Haritage aritu. rase menyesal pulak. Dahla kasut sume cantik-cantik and mampu milik. Baju just beli Tshirt je untuk my bf. Untuk sendiri takde yang berkenan pon...hehehe






Day 4

Mestilah pagi-pagi lagi excited nak pegi pasar baru tengok-tengok ade mende berkenan tak nak beli...hahaha. yang penting we all breakfast dulu kat hotel, then baru gerak pergi sane. Sesampai je kat sane aku pergi cari lace untuk kawan aku yang kirim...then, aku belikan blouse untuk mak aku, tshirt Bandung untuk my boyfie, shawl and kain sulam untuk aku. Itu je yang sempat aku grab untuk diri sendiri. Yang penting puas hati ade jugak aku beli untuk diri sendiri. hahaha. Then, kitorang balik hotel dalam kol 11 lebih and kemas-kemas barang kat hotel sebab nak checkout pukul 12. Pukul 2 petang kitorang gerak balik semule ke Jakarta. Macam men balik kampong sendiri plak kan...Sampai Jakarta dalam pukul 7 petang. Pukul 8 kitorang keluar cari makan sebab lapar sejak dari dalam train lagi. So, kitorang makan dekat kedai artis Dude Harlino (yang blkon cite Aqsa & Medina). Ha, spe kenal die? hehehe..Kitorang makan kat kedai die area Jln Kemang Raya. Area tu macam Bukit Bintang kite la. Sangat meriah bile waktu malam. Kitorang makan western food kat kedai die Ori Steak & Original. Memang sedap and berbaloi makan kedai die. Sebab kitorang ni repeat customer. Before this dah penah makan kedai die time pergi Jakarta sebelum ni. Korang boley try pergi sini nanti.

 our hotel at bandung
kedai dude harlino

Day 5

Kitorang just pergi Pondok Indah Mall and aku sempat la grab squarescarves 1. hehe..After that kitorang pergi ke Grand Indonesia sebab makcu aku nak pergi Youth Market. kat situ ade Afgan punye clothing line 'Carnival'.  Seronok jugak tengok dorang nye event kat sini. Grand Indonesia ni Mall paling besar di Jakarta. Lunch kitorang makan dekat situ jugak dekat kedai Yoshinoya. Kedai ni more kepada US beef. Nadia order rice beef sambal. Memang sedap beef die. Menyesal pulak nadia amik regular. Kalo tau sedap memang amik large je terus. hahaha...Malam pulak kitorang makan makanan sunda. Tapi masakan padang jugak yang best nadia rase la. hehehe

 ni dekat pondok indah mall
 ni la yoshinoya yang beef sedap tu. sory lupe nak amik pic b4 makan...hehehe
 ni dekat grand indonesia.
 ni makanan sunda

Day 6


hasil borong jakarta-bandung

Takde aktiviti pape da. Just kemas-kemas barang and pukul 12 checkout sebab flight pukul 3...hehehe..Jom balikkkkkk


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Wednesday, September 24, 2014

Anna Kendrick - Cups (Pitch Perfect's When I'm Gone)


Salam, bosan lak kat ofis ni sorang2 time lunch. Jom layan lagu ni..Ni lagu fevret nadia sekarang ni sebab rindu kat incik boyfren kite...hehehe...
 
 
 

I got my ticket for the long way round
Two bottles of whiskey for the way
And I sure would like some sweet company
And I'm leaving tomorrow
what you say
When I'm gone...
When I'm gone..
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my hair
You're gonna miss me everywhere
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
When I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my walk...Ohh
You're gonna miss me by my talk
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
I got my ticket for the long way round
The one with the prettiest of views
It's got mountains, it's got rivers
Its got sights to give you shivers
But it sure would be prettier with you
When I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my walk
You're gonna miss me by my talk
Oh, you're gonna miss me when I'm gone
When I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my hair
You're gonna miss me everywhere
Oh, you're sure gonna miss me when I'm gone
When I'm gone
When I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me by my walk
You're gonna miss me by my talk
Oh, you're gonna miss me when I'm gone



 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Segmen Blogwalking Bersama Bazlia Amoza

http://www.bazliaamoza.com/2014/09/segmen-blogwalking-bersama-bazlia-amoza.html
 
Salam korang, harini nadia blogwalking blog Karya Mahirah, sekali ternampak Segmen Blogwalking bersama Bazlia Amoza. Ape lagi nadia pon xmo lepaskan peluang untuk join. Best jugak blogwalking ni. Sambil-sambil kite blogwalking, dapat jugak kite cari kawan baru and dapat jugak join contest. Mane tau bernasib baik menang hadiah. So, rasenye bulan ni nadia memang aktif jugak la berjinak-jinak dengan blogwalking and giveaway ni. Tambah-tambah lagi dah dapat kawan baru pon. Jom korang kite join sesame okey...hehehe
 
Segmen bermula 22 Sept sehingga 30 Sept 2014



 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Tuesday, September 23, 2014

Segmen Raya 2014 By Bella Din

http://belladin92.blogspot.com/2014/08/segmen-raya-2014-by-bella-din_19.html
 
Jom sesame join contest ni. Mane tau nasib kite-kite dapat. hihihi. Nak join korang tekan je banner atas ni okey.



 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Monday, September 22, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Giveaway: Blogger 1 Malaysia


Salam,

Okey Nadia berasal dari Kuantan, Pahang. Lahir di Mentakab Pahang jugak. Kire memang anak jati Pahang la. Hogoh Pahang hogoh....hehehe

Kenapa Nadia jadi blogger?

Mule-mule just suke-suke je berblog, tapi bile dah lame-lame jadi hobi lak. Nadia suke sharing ape yang nadia dah experience and anything yang nadia tahu. Dari situ, timbul minat untuk berkongsi dengan semua orang. Dan yang penting nadia dapat kawan-kawan blogger yang sama minat dan berkongsi pendapat. Dekat blog juga tempat nadia berkongsi kegembiraan nadia. 

Nadia tag:


Tarikh Tamat:

27 September 2014


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...