Click! Click! Click

Thursday, September 11, 2014

Resipi: Pes Tomyam

Salam korang,

Okey malam ni just nak sharing resipi pes tomyam yang sedap. Resipi ni pun aku jumpe time tengah scroll-scroll fesbuk...hehehe...Yes, i'm a tomyam lover. Sebab tu bile nampak pes tomyam ni, terus rase nak share dengan korang. Ni resipi pes tomyam homemade yer.


RESEPI PES TOMYAM
Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam
Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.


***Boleh diguna utk menu Bihun Goreng Tomyam dan Nasi Goreng Tomyam.



Okey sekian sahaja resipi untuk malam ni. Dah try nanti jangan lupe komen kat sini sedap ke idokk korang nye resipi tu. Teman pon nak tau jugok. Sharing is caring...hehehe



 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

1 comment:

  1. akak pun suka mkn tom yam bila beli pes di kedai x jumpa yg SEDAP..so leh la try resipi nadia ni :-)

    ReplyDelete

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...