Click! Click! Click

Thursday, October 30, 2014

My Engagement Hantaran

Salam korang,

Malam ni dapatla nadia rilek-rilek sikit sambil update entry baru. So, malam ni nadia nak share hantaran pertunangan nadia. Hantaran semua adalah DIY dan dibuat sendiri. First sebab nak jimat, second sebab kepuasan...hihihi. yela first time buat kan. terasa la excited sikit and puas hati sebab idea and kreatif sendiri. So, hantaran kitorang simple je 5 balas 3.

Belah lelaki




Persalinan Nikah

Tshirt

Chocolate & Famos Amos

Wondermilk Cupcake

King's Cake

Untuk hantaran belah lelaki nadia just gunekan crepe paper untuk buat hantaran. Time ni memang gigih buat bunga crepe paper sebab jimat punyer pasal kan....hahaha. 

Belah perempuan




Persalinan Nikah

Cincin 

Wondermilk Cake

Nadia buat hantaran untuk 2 2 belah pihak. Sebab Nadia just sewa bekas hantaran. So, amik pun dah hari rabu bekas tu. Memang dah tak sempat nak pass bekas hantaran dekat belah laki untuk buat. Nadia pun tolong buatkan la. Lagipun memang rajin nak tolong buat. hehehe. Yang pasti memang murah je nadia sewa. 1 bekas hantaran rm2.50 sahaja. So, ade 8 bekas rm20 jela. hehehe jimatkan. Okey hantaran untuk nadia, nadia gunekan bunga palsu. Nadia punye buat lawa-lawa lah kan... aci tak camtu....hehehe...orite sampai sini dulu okey. jangan lupe komen.

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Tuesday, October 28, 2014

Asal-Usul Api

Diriwayatkan api di dunia ini berasal dari Api Neraka yang telah 70 kali lebih dingin dari api Neraka itu sendiri.. iaitu Api Neraka 70 kali lebih panasss dari api dunia.. wallahu'alam.. Jadi bagaimana kisahnya? Cuba kita hayati betapa dasyatnya Api Neraka itu melalui pemahaman kita tentang api yang wujud di dunia ini melalui kisah dibawah..
 



Ketika Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi, beliau tidak lagi memperoleh makanan secara mudah seperti di Syurga. Beliau harus bekerja keras untuk memperoleh buah-buahan atau daging untuk dimakan. Ketika beliau memperoleh binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata tidak boleh terus dimakan begitu saja karena masih mentah dan tentunya tidak enak.

Oleh yang demikian beliau berdoa kepada Allah agar diturunkan api untuk memasak. Maka Allah S.W.T. mengutus Malaikat Jibril a.s. meminta sedikit api daripada Malaikat Malik di Neraka untuk keperluan Nabi Adam a.s. tersebut.

Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril, berapa banyak engkau menginginkan api?”

Malaikat Jibril a.s. berkata: “Aku menginginkan api neraka itu seukuran buah kurma”.

Malaikat Malik berkata: “Jika aku memberikan api neraka itu seukuran buah kurma, maka 7 langit dan seluruh bumi akan hancur cair karena panasnya!”

Malaikat Jibril a.s. berkata: “Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja”.

Malaikat Malik berkata lagi: “Jika aku memberikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitis pun, dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tumbuhan yang hidup!”

Malaikat Jibril a.s. jadi kebingungan, sebanyak mana api Neraka yang selamat untuk kehidupan di bumi? Karena itu ia berdoa: “Ya Allah, sebanyak mana api Neraka yang harus aku ambil untuk keperluan Adam di bumi?”

Allah S.W.T. berfirman: “Ambilkan api dari Neraka sebesar zarah (sebutir atom)”.

Maka Malaikat Jibril a.s. meminta api Neraka kepada Malaikat Malik sebesar zarah dan membawanya ke bumi. Tetapi setibanya di bumi, Jibril a.s. merasakan api yang sebesar zarah itu masih terlalu panas, maka beliau mencelupkan (membasuhnya) sebanyak 70 kali ke dalam 70 sungai yang berbeza. Barulah setelah itu beliau membawanya kepada Nabi Adam a.s. dan meletakkannya di atas gunung yang tinggi. Tetapi sebaik api tersebut diletakkan, gunung tersebut hancur berkecai. Tanah, batuan, besi dan apa sahaja yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas dan mengeluarkan asap. Bahkan api yang sebesar zarah itu terus masuk menembusi bumi dan hal itu membuatkan malaikat Jibril a.s. khuatir.

Oleh kerana itu Jibril a.s. segera mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke Neraka..
..tempat asalnya. Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang menjadi sumber api dunia, termasuk yang menjadi magma-magma di semua gunung berapi di bumi ini. Tidak boleh dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut. Kalau bara api dunia itu umumnya berwarna merah, maka bara api neraka itu berwarna hitam kelam, seperti hitamnya gelap malam.

Nabi s.a.w. pernah menanyakan tentang keadaan api Neraka itu, maka Malaikat Jibril a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan Neraka, lalu menyalakan api Neraka itu selama 1000 tahun sehingga (baranya) berwarna merah. Kemudian (Allah) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih, dan (Dia) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam. Maka Neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang kobaran apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya”.

Wallahu’alam.. Sampaikanlah kpd org lain, semoga ia akan menjadi sedekah jariyah kepada setiap orang yang membaca dan yang mengambil pengajaran dari perkongsian anda.. insyaAllah..



 photo ju_zps80210f97.jpg


Photobucket

Officially Engaged!


Biarlah gambar berbicara...hehehe...Okey sebenarnye nadia da selamat bertunang dengan Mr.Right nadia pada 26 Oktober 2014 (Ahad) baru-baru ni. Sebenarnye banyak sangat nadia nak share, tapi still tak sempat nak curi mase untuk update entry baru. Yang penting semua persediaan nadia buat semuanya adalah DIY (do it yourself). Nak tau kreatif ke tak, tunggu nadia share dengan korang okey. Papepon nadia belanja satu gambar dulu okey...hehehe


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Saturday, October 18, 2014

Listing, Delisting & Re-listing of Companies


Kisah semalam nadia ade Training CPE Course untuk dealers. So, wajib attend sebab ade point untuk my appraisal. So the speaker for yesterday adalah Mr. Farhan Lee Abdullah dari Security Commission. Talk start dari pukul 9 pagi - 4 petang. Breakfast until teatime juga disediakan. Training kitorang at Season View Hotel. Okey the talk is about Listing, Delisting & Relisting. Korang paham tak? Mesti tak paham kan...hehehe. Okey nadia just story sikit je ye. 

Most of companies in Malaysia already get listed with Main Board in Bursa Malaysia. So, they all mesti ade certain criteria to be listed. 

1) Why they want to be listed? Mostly because they want raise funds from public. 

2) Then, why they want to be delisted? Mostly also because of they want the privatisation. Sebab dorang tak nak ade campur tangan dari majority or minority shareholders. Means that dorang just nak owner only make the direction or decision for their company. Contoh company terbaru delisted MAS. 

3)Then, why want to re-listed back? Mostly because nakkan duit kembali...hehehe. 
Kenapa aku cakap camtu? Sebab mostly company yang delisted , they delist at very low valuations, but relist back at richer valuations. Contoh company yang relisted back, Maxis and Astro. 

They have a lot of cases about companies which are privatise. Korang boley study sendiri if korang berminat. hehehe.

So after study a bit, we took selfie after a long time we dont make comeback. 


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Amalan Elak Sakit Jantung

YB Dr Daroyah Alwi wrote:

Saya nak kongsi very good tips - bagi yang terbangun dari tidur untuk buang air...... baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!

Para pakar selalu berpesan: Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal. 

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? 

Penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat penting?
Kerana pattern ECG (Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dengan bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:
  1. Bila terbangun dari tidur jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit
  2.  Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit; 
  3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit. 




Selepas 3 x 1/2 minit yang dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bgun tengah malam untuk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan bliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil, punggungnya mengalami luka2 dikubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share dengan orang2 yangg kita sayang utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is caring.

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Friday, October 17, 2014

Dasyatnya Surah Al-Ikhlas

Salam, Nadia tertarik nak share kebaikan surah Al-Ikhlas ni dengan korang. Sumber nadia dapat dari Whatsapp. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya:
QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s

"Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. 

Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan". Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. 

Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby).

SubhanAllah....          
Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.

Saudaraku... TOLONG SAMPAIKAN. Sabda Rasulullah SAW,  "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Thursday, October 16, 2014

I'm getting engaged

 
Hy lovelies...Yeah I'm a happy girl. 1 weeks from now I will be getting engaged with my boyfriend after around 7 month know each other and dating. hehehe...What can I say it is a dream of every girl right? I also don't imagine I will experience this kind of feeling, I means to be engaged with someone. But Alhamdulillah hope all we plan will go smoothly.


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Tuesday, October 14, 2014

Shawl Bling-Bling

Morning,
 

 
Harini nadia fefeeling like a pwincess sebab pakai shawl bling-bling gittew. hahaha. Sebenarnye haritu nadia nampak ade orang pakai shawl bling-bling color ni. Nampak cam cantik je, cam lawa jer die pakai, apelagi nadia terus pegi Muaz textile kat kuantan ni pegi beli. Murah je dalam rm4 je weyh. Jeng Jeng jadi la gini pegi keje pagi ni. Takde la secomey orang yang nadia nampak pakai cantek je aritu...hahaha. Yang penting puas hati.
 
 
 
 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Monday, October 13, 2014

New Things to Share

Morning lovelies,
 
Pagi-pagi lagi nadia tengok blog status, dalam ati cakap 'Wah banyaknye contest boley join' hehehe...tunggu eh weekend nadia join korang. sekarang tak boley lagi nak join. tak sempat nak curi-curi masa. Tapi nadia nak share satu mende yang korang mesti berminat. Itupun weekend nanti nadia update entry tu. Nadia suke explore mende-mende baru. So, ape nadia tahu nadia akan share dengan korang. Mane tahu berguna untuk korang jugak kan.
 
 
Ha tau tak tu? Later nadia share okey...hihihi...
Okey jom buat keje dulu. Nanti nadia sambung okey.
 

 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
 

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Sunday, October 12, 2014

Bless Monday


Do you love Monday?
 
Everyone of must be don't like Monday rite? For me also. But today I feel Monday so bless because of someone not pressure me at office I think. So I can blog my entry. hahaha. very bad of me rite...I can do searching and google happily in office today.
 


 
Then, my kakak Mazni also gives me the cookies. The cookies really so good. Really make my day with the taste of cookies. hehehe. I like to bake the cookies like famos amos, but as you know I'm very lazy to do so. So, just receive from others or buy....You also can bake the good one. If don't know, don't worry you can google for the recipe. Quite a lot the recipes of famos amos cookies. Try search okey.


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Zurich Insurance Contest

Salam korang.

Pagi ni sebenar takde mood nak update blog. Lepas tu bukak nuffnang, sajer nak tengok mane tau ade CPUV melekat ke kan. Sekali jeng jeng jeng...hehehe...Akhirnye dapat. Ni kire first time la dapat.

Tapi contest ni macam menarik nadia tengok. Kalo korang nak tau macam mane nak join or hadiah menarik grand prize or second prize, korang ley klik iklan pasal 'Zurich Insurance Contest' dekat blog nadia. Nadia gerenti hadiah die memang best punye. Korang rajin-rajin klik ea. Sayang korang lebey. hehehe
 
 
 
 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Sunday, October 5, 2014

My Dream House Decorations

Sorry lately ni nadia jarang update entry terbaru. Sebab malas sebenarnye. hehehe...So, entry ni nak citer pasal decorations rumah yang nadia minat and berkenan. Okey sape kat sini minat color pink, decoration rumah camni memang sesuai sangat dengan korang okey. 






Okey kalau korang nak tau kat mane boley cari deco cantek2 color pink, korang boley tengok IG @pink vintage home.

Bagi nadia, nadia suke deco rumah yang simple and nampak segar je pada pandangan nadia la. Yela nadia yang nak tengok hari2 kan. So, mestila kene nampak kene gituu...hehehe.


Nadia suke deco untuk beranda camni. 





Bes kan ade umah sendiri. Tak sabar nak beli umah. Nak hias cantek2 and lawa2. Okey mesti korang nak tau kan mane nadia dapat semua picture ni kan. Okey so, credit to facebook group Deco Rumah Ku Syurga ku,  sebab bagi idea untuk kite semua deco rumah bagi cantek. Kat group ni ramai yang share idea rumah dorang. So korang boley join group ni okey. Macam-macam jenis deco yang ade, deco ala-ala english style ade, romantic, kontemporari, red, purple, mewah. Banyaklaaa....Cecepat korang pergi cari and join tau. Mane tau korang pon boley share rumah korang cane. Nanti nadia tiru ea deco rumah korang. hehehehe.



 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...