Click! Click! Click

Saturday, April 16, 2016

Deco-deco Rumah Sewa!

Salam korang, lame rasenye dah tak menulis dekat sini. Macam macam mende nak cite sebenarnye. Tapi selalu takde mase nak bercerite. Nadia akan cube konsisten lepas ni, Insya Allah….So, sekarang ni Alhamdulillah nadia dah duduk umah sewa di Taman Pelangi Semenyih. Dari sini ke tempat keje Nadia di Bangi agak dekat. So senang Nadia nak berulang. Tapi disebabkan keje Nadia bukan setakat stay dekat office je. Kadang kadang kene kerja area KL. So, bile keje di KL kenela gerak dari umah pukul 6. Nasib laaa anak perantau….Kebiasaannyee kalo kerje dok ofis kol 7.30 or 7.45 baru keluar umah.





Orite, the main point is rumah yang nadia duduk sekarang quite besar juga. Ade 3 bilik and 2 bilik air. So far kitorang dah lengkapkan rumah dengan keperluan asas macam tv, peti ais, mesin basuh and tempat memasak. Rumah kitorang sesimple yang boley je sebab nye duduk pon berdue je. Setakat ni ade jugak survey untuk beli rumah sendiri. Tapi still tak kene dengan budget kitorang. Rumah sekarang kami duduk single storey and sewe setiap bulan RM680. Bagi nadia harge sewe ni sesuai dengan kemampuan kitorang. Yang best sebab dekat sini dekat dengan Tesco and kedai-kedai supaya senang untuk membeli barang-barang dapur. Pasar malam pulak setiap hari ahad.



So, kalo kitorang nak jalan-jalan hujung minggu pon kitorang prefer tempat yang dekat dengan rumah kami la macam IOI Mall City, Alamanda, Metropoint Kajang….Camtu jela…Nak pergi ke Mid Valley or Paradigm ke sebulan sekali boley laaa..hehehe…Tapi tempat yang suke jalan-jalan tengok mestila IKEA…Bagi nadia, IKEA the best choice untuk beli barang rumah sebab harge still our budget compare to Index Living Home and Home Pro. Tapi sofa rumah nadia, kitorang beli dekat Index Living Home. The price at that time RM399. So, kenapa bayar lebih…hehehe. Actually sebab nadia da tertarik dengan color merah. Tak tau kenapa at that time taksub dengan color merah, sampaikan carpet pon nk beli color merah. Bak kate kawan nadia ni sindrom bile orang dah kawen…tak tau la plak kan cmtu. Tapi end up carpet tu letak dalam bilik. Sebab tak match la tetibe sofa merah and carpet pon merah…hehehe. Meja makan kitorang beli yang kecik je sebab fikir nanti bile dah ade rumah sendiri baru beli yang besar. Kami beli di IKEA dengan harge RM269. Target lepas ni nak beli oven and mixer. Tak sabar nak baking-baking buat brownies kedut...




Orite sampai sini jela dulu cerite nadia. Nanti nadia sambung lagi yer. Bubye...hehehe


 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Friday, April 8, 2016

Kenali Rasulullah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, 

Salam, harini rase terpanggil nak sharing something dengan korang. Subuh tadi lepas solat subuh, nadia bukak tv and pasang la tv 9 kebetulan channel time tu Tanyalah Ustaz. Tajuk die arini 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Tak tau kenapa rase best sangat dengar Ustaz Muhadir Joll cara beliau menyampaikan. Sampaikan dengar beliau cerite tentang rasulullah sayangkan umat die sampaikan terharu and menangislah nadia ni. But the thing is datang dari hati kite sendiri jugak. Kalo takde keinsafan dalam diri, takkan menangis jugak. Orite the point is nak cerita apa note penting dalam tazkirah die. Apa yang nadia sempat ingat lagi ustaz cerita bentuk badan rasulullah. Rasulullah mempuyai bahu dan dada yang bidang, tulang yang kuat, kulitnya putih kemerah merah tetapi antara putih dan hitam, biji matanye hitam, gigi nye jarang sikit di tengah tetapi bile nabi tersenyum seakan ade cahaya yang tembus, giginye tersusun rapi dan ramai para sahabat sangat suke bile nabi tersenyum. Mempunyai janggut dan jambang yang besar tetapi tersusun rapi. Dikatakan nabi sangatlah tampan orangnye. Malah lebih tampan dari Nabi Yusoff.

Apa yang nadia dengar lagi ustaz cerite, suatu hari isteri nabi, Aisyah datang kepada nabi, ketika itu nabi baru selesai solat dan berdoa 'Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Aisyah sebelum dan selepas nabi tiada dan ketika ini' dan Aisyah mendengarnye. Terharunya Aisyah sampai begitu sekali nabi mendoakan. Nabi pon berkate bukan shaja kepada kamu aku mendoakan malah untuk seluruh umatku juga aku mendoakan setiap kali selepas solat. Yang paling terharu ustaz cerite, kite tahukan nabi semayang berpuluh kali dalam sehari. Allahu, maknanya setiap kali lepas solat die sentiasa tidak melupakan kite sebagai umatnya. Sehinggalah sebelum beliau wafat pon, beliau tetap ingat umatnye.

Lepastu, ustaz cerite kenapa nabi lahir pada hari dan bulan yang tak femes. Maksudya nabi lahir pada hari Isnin dan bulan Rabiul Awal. Sedangkan kite tau orang Arab suke hari Jumaat dan bukan bulan yang berkat seperti Ramadan. Ustaz cerite, ini kerana Allah hendakkan kesederhanaan pda kelahiran nabi. Jika nabi lahir bulan Ramadan, sudah tentu ramai orang beranggapan istimewanya nabi.

Banyak lagi yang diceritekan ustaz seperti mukjizat nabi, keperibadian dan akhlak nabi. Tapi ni je nadia sempat nak share dengan korang.  Wallahualam....

Sebagai tanda cinta dan sayang kepada Rasulullah, marilah kita sentiasa berselawat.

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...