Click! Click! Click

Friday, April 8, 2016

Kenali Rasulullah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, 

Salam, harini rase terpanggil nak sharing something dengan korang. Subuh tadi lepas solat subuh, nadia bukak tv and pasang la tv 9 kebetulan channel time tu Tanyalah Ustaz. Tajuk die arini 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Tak tau kenapa rase best sangat dengar Ustaz Muhadir Joll cara beliau menyampaikan. Sampaikan dengar beliau cerite tentang rasulullah sayangkan umat die sampaikan terharu and menangislah nadia ni. But the thing is datang dari hati kite sendiri jugak. Kalo takde keinsafan dalam diri, takkan menangis jugak. Orite the point is nak cerita apa note penting dalam tazkirah die. Apa yang nadia sempat ingat lagi ustaz cerita bentuk badan rasulullah. Rasulullah mempuyai bahu dan dada yang bidang, tulang yang kuat, kulitnya putih kemerah merah tetapi antara putih dan hitam, biji matanye hitam, gigi nye jarang sikit di tengah tetapi bile nabi tersenyum seakan ade cahaya yang tembus, giginye tersusun rapi dan ramai para sahabat sangat suke bile nabi tersenyum. Mempunyai janggut dan jambang yang besar tetapi tersusun rapi. Dikatakan nabi sangatlah tampan orangnye. Malah lebih tampan dari Nabi Yusoff.

Apa yang nadia dengar lagi ustaz cerite, suatu hari isteri nabi, Aisyah datang kepada nabi, ketika itu nabi baru selesai solat dan berdoa 'Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Aisyah sebelum dan selepas nabi tiada dan ketika ini' dan Aisyah mendengarnye. Terharunya Aisyah sampai begitu sekali nabi mendoakan. Nabi pon berkate bukan shaja kepada kamu aku mendoakan malah untuk seluruh umatku juga aku mendoakan setiap kali selepas solat. Yang paling terharu ustaz cerite, kite tahukan nabi semayang berpuluh kali dalam sehari. Allahu, maknanya setiap kali lepas solat die sentiasa tidak melupakan kite sebagai umatnya. Sehinggalah sebelum beliau wafat pon, beliau tetap ingat umatnye.

Lepastu, ustaz cerite kenapa nabi lahir pada hari dan bulan yang tak femes. Maksudya nabi lahir pada hari Isnin dan bulan Rabiul Awal. Sedangkan kite tau orang Arab suke hari Jumaat dan bukan bulan yang berkat seperti Ramadan. Ustaz cerite, ini kerana Allah hendakkan kesederhanaan pda kelahiran nabi. Jika nabi lahir bulan Ramadan, sudah tentu ramai orang beranggapan istimewanya nabi.

Banyak lagi yang diceritekan ustaz seperti mukjizat nabi, keperibadian dan akhlak nabi. Tapi ni je nadia sempat nak share dengan korang.  Wallahualam....

Sebagai tanda cinta dan sayang kepada Rasulullah, marilah kita sentiasa berselawat.

 photo ju_zps80210f97.jpg
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...