Click! Click! Click

Thursday, November 9, 2017

Apa itu RFID Tag?

Salam semua,

Arini Nadia nak citer pasal RFID Tag ni. Kalo kite perasan dekat tol-tol sekarang dah ade sign untuk RFID ni kan. Time memula tu pon Nadia pelik jugak, ape ni...pastu baru lah tau ape mende tu. Korang pon mesti nak tau kan. Jom bace ape nadia explain.


Bermula Januari 2018, tol di Malaysia akan mula menggunakan RFID.


Apa itu RFID ni ?

RFID adalah Radio Frequency Identification yang menggunakan komunikasi via gelombang elektromagnetik. Jadi di Malaysia, cara bayar tol akan bertambah satu lagi selain Touch n Go dan SmartTag iaitu dengan menggunakan pelekat RFID ni. Cara ini akan menjadikan sistem pembayaran tol lebih pantas dan efisyen terutama waktu kemuncak seperti perayaan dan sebagainya. Kat pelekat RFID ni ada barcode. Jadi jangan risau macam nak tambah nilai dan bagaimana ia berfungsi.

Jika Touch n Go perlukan 6 saat, dan Smart Tag pula 3 saat untuk melengkapkan pembayaran di plaza tol, teknologi Pengenalan Frekuensi Radio atau RFID pula boleh dikatakan menggunakan kurang dari 1 saat. Ini kerana pemandu tidak perlu berhenti langsung di plaza tol untuk membuat bayaran. Sistem RFID di plaza tol kini sedang diuji di beberapa buah plaza tol, dan dijangka boleh mula digunakan orang ramai bermula Januari 2018.

Penggunaan sistem RFID amat mudah. Ia berfungsi seperti sistem ERP di Singapura. Pengguna hanya perlu mendapatkan pelekat tag RFID, dan pengimbas di plaza tol akan membuat imbasan seperti pengimbas barkod kepada tag RFID tersebut.

Tag ini akan diimbas menggunakan gelombang elektromagnetik dalam frekuensi antara 850MHz ke 950MHz. Imbasan pula boleh dibuat dari sejauh 27 meter dengan masa respon hanya 10 milisaat.
Buat masa ini, ujian RFID ini diberikan kepada kenderaan yang digunakan oleh polis, bomba dan ambulan. Manakala lorong RFID pula akan dikongsi bersama laluan SmartTag, terdapat di 8 plaza tol di Lembah Klang. Teknologi RFID di plaza tol ini bakal menggantikan penggunaan Touch n Go dan SmartTag, tetapi ia akan mengambil sedikit masa. Ia dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020, bersama Aliran Bebas Berbilang Laluan (MLFF) memastikan trafik lebih lancar di plaza tol.

[SUMBER: TheStar, PaulTan

Orite, itu aje Nadia nak share arini...hehehe



 photo ju_zps80210f97.jpg

Photobucket

3 comments:

  1. Hai, nanti kujunglh ke blog saya
    Puterihaifa7.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Hai, nanti kujunglh ke blog saya
    Puterihaifa7.blogspot.my

    ReplyDelete

  3. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete

Klik, klik tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...